Friday, September 16, 2005

selamat jalan...

Malam ni , semua yang nak balik bersiap siap di Common Room. masih sempat bergambar lagi tu. Aku hanya berdiam...duduk di sofa sambil menonton Aussie Football League. Malam ni Stt Kilda lwn Sydney. Sempat juga kami bergambar. Syukur juga gambar-gambar aku bersama rakan semua telah hilang secara tidak sengaja 2 hari lalu. Pada aku...itu masalah kecil dan aku harus menerimanya dengan hati yang terbuka. Mungkin telah tertulis dia nak hilang hari tu...atau aku akan takabbur bila tunjukkan gambar tu pada kenkawan yang lain...manalah tahu. Jadi aku hanya mempunyai berberapa gambar yang sempat aku muatkan di fotopages berberapa hari sebelum aku berlepas pulang ke Malaysia. Jadilah.... Malam ni rumah kami sunyi saja. Biasanya noodle time kami meriah diruang tamu. Major Azri memang suka makan magee dengan udang keringnya. Kadang tu bila aku takder magee dia hulur kat aku sebungkus, bila tiam dia takdak pulak....aku support dia. Majar Chyye Sokpor dari Combodia tu pernahh jugak pelawa aku magee dia. MAMA magee. Mujur juga aku tak rebus dan makan....rupanya magee dia perasa Babi. Akhirnya aku bagi magee tu kat jiran blok sebelah Lt Pat.
Malam ni kami menikmati magee berdua tanpa Sokpor! Azri baru balik dari Melbourne...dia tanya mereka , aku cakap dah berangkat pergi...ada diaorang tanya kao tadi. Teringat jam 9.00 tadi , kami sma sama tolong usung beg. Sokpor salam dan peluk aku erat. Aku nampak ada air memenuhi kelopak matanya...hampir..hampir mengalir keluar. Aku sebak. Kadang tu bila dah rapat terpisah macam ni sedih pun ada. Kanika salam dengan aku. Aku cakap aku akan merindui korang semua. Kanika mintak no hp aku, aku bagi ...manatahu kalau kalau dia nak telefon katanya.3 buah limousine siap berbaris diluar. Pemandunya berpakaian sut lengkap berwarna gelap dengan alat komunikasi terpasang ditelinga mereka dan tolong memuatkan ber dalam boot. Aku tolong tutupkan pintu kereta untuk kanika. Dia pandang muka aku dari dalam cedrmin kereta aku pandang dia dengan wajah sayu. Semasa kereta mula bergarak aku melambauikan tangan padanya.... Cik Ngop (Capt) dari Vietnam siap menangis lagi. Ada air yang membasahi pipinya.

Esok giliran aku akan sampai. Ros danPak yanto akan berlepas pergi seawal jam 9.00 dan disusuli aku dan Major Azri jam 12.00 t/hari esok. Gembira ada ...sedih pun ada.. Kini jam di komputer ni menunjukkan 2.33 pagi (GMT + 2). Aku masih tak mengantuk lagi...sambil melayan perasaan creat new post to my blog . melayan radio Melbourne 1.4 lagi.
Doa aku semoga semuanya selamat sampai. Sapa lah yang nak mengeiringi pemergian aku nanti ya.... Semua orang sibuk esok tu. Tak perlah aku nak tarik beg pi timbang . Esok driver akan ambik aku kat KLIA jam 9.30 Pesawat aku tu dijangka akan mendarat di KLIA. Semoga semuanya selamat....... sedih kan? Ye la......adat manusia memang begitu. Aku cuba pujuk hati ini.

1 comment:

Amiza said...

I like ur blog sooooooo much